GRADUAN NIVC 7.0 Open for Registration
Persatuan Graduan Muda Malaysia (GRADUAN) menganjurkan kempen GRADUAN National Inter-Varsity Cultural Camp (NIVC) 5.0 di seluruh Malaysia. GRADUAN sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sentiasa komited dalam memperkasakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia. Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu ini dianjurkan oleh Kempen Graduan NIVC 5.0 bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-63 sebagai satu platform kepada warga Malaysia untuk meluaskan penggunaan dan penguasaan Bahasa Melayu menerusi penulisan.
Melalui penganjuran Pertandingan Menulis Esei Bahasa Melayu, Kempen GRADUAN NIVC 5.0 berhasrat untuk menggalakkan lebih ramai warga Malaysia, khususnya golongan pelajar sekolah menengah, lebih vokal dalam menyuarakan idea dan pandangan mereka menerusi penulisan.
Tema yang ditetapkan, iaitu “Kepelbagaian seni warisan Malaysia memperkukuh perpaduan bangsa Malaysia” juga mengambil kira isu semasa mengenai seni warisan tempatan yang semakin terhakis dan kian dilupakan, terutamanya dalam kalangan remaja. Keunikan dan kepelbagaian warisan budaya merupakan simbolik kepada Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi. Tambahan pula, usaha yang kolektif dalam kalangan masyarakat untuk memelihara seni warisan kita dapat memperkukuh perpaduan warganegara.
Kempen GRADUAN NIVC 5.0 sentiasa meraikan idea dan pendapat yang berbeza daripada kalangan masyarakat majmuk Malaysia ke arah pembinaan negara bangsa Malaysia yang berdaya maju dan makmur. Dengan itu, GRADUAN berhasrat agar menerusi penulisan esei, para peserta dapat menonjolkan nilai perpaduan dan keunikan warisan budaya kaum masing-masing kepada pembaca.
Kepelbagaian seni warisan Malaysia memperkukuh perpaduan bangsa Malaysia.
1. Kategori Menengah Rendah
2. Kategori Menengah Atas
1. Kategori Menengah Rendah
2. Kategori Menengah Atas